Untuk Makluman


Untuk sebarang tempahan, sila isi Order Form dengan lengkap.

Segala pertanyaan boleh email ke
Email : mybrand.shop@yahoo.com
Tel/WhatsApp : 0129192041

Nazlyizan Creation menjual Bahan-bahan Craft, Felt & etc

Nazlyizan Creation juga menerima dan menjual tempahan jahitan barangan Craft



Kanzashi Flower Polkadot



Assalamualaikum

Didalam dunia kraf ini, kita perlulah sentiasa mencuba sebanyak mana seni kreatif yang ada. Ini kerana ia adalah anugerah dari ilahi yang tidak ternilai harganya.


Semalam saya mencuba buat kanzashi Flower /  bunga Kanzashi dari reben polkadot. Alhamdulillah.... menjadi. Hehehh


Dalam kepala nie ada beberapa idea untuk dibuat menggunakan kanzashi flower ini. Tetapi belum berkesempatan merealisasikannya lagi disebabkan kesuntukan masa dengan tempahan Bantal Hiasan Comel. Ada lebih kurang 10 biji bantal yang masih menunggu giliran untuk disiapkan. Alhamdulillah... rezeki Allah.


Para pelanggan yang ingin mengetahui update terkini NC bolehlah LIKE page NazlyizanCreation dia FB. Terima kasih...






Wedding Pillow



Assalamualaikum


NC telah mula beroperasi selepas cuti raya. Kraf pertama yang berjaya dihasilkan selepas mencari mood after raya adalah bantal kahwin / Wedding pillow.


Penat mencari mood selepas cuti raya. Mungkin banyak makan kuih raya, lemang n rendang kot.... hehehhh
Untuk tempahan bolehlah hubungi NC melalui telefon (012-9192041) / email (mybrand.shop@yahoo.com) / FB pages NC. Terima kasih.





Tarikh Akhir Pengeposan Perkhidmatan PosLaju



! Assalamualaikum !

Berikut adalah PENGUMUMAN PENTING dari pihak PosLaju Malaysia berhubung pengeposan yang menggunakan perkhidmatan PosLaju.



Pihak Nazlyizan Creation telah tutup order bagi perkhidmatan yang menggunakan PosLaju. Ini bagi mengelakkan Barang anda lambat sampai. Harap maklum. Terima Kasih



Tempahan Brooch




Assalamualaikum


Selamat pagi semua.... alhamdulillah. Malam tadi selesai sudah siapkan tempahan brooch yang comel-comel buat pelanggan NC.


Tempahan brooch pelbagai design sebanyak 100 pek. Projek mula dari hari sabtu dengan bantuan incik suami. Hehehh... alhamdulillah dapat siapkan.


Antara design yang ditempah ialah... rose 3 layer, reben aka bow, prima donna dan lain2... boleh tengok sebahagian gambar dibawah.


Harap pelanggan kami berpuas hati... insyallah boleh tempah lagi... heheh





Couple Pillow



Assalamualaikum


Ok dalam seminggu dua nie... asyik merempit buat bantal tempahan cust. jerk. Alhamdulillah.... rezeki dariNya.


Bantal kali ini adalah tempahan kali kedua dari cust. yang sama. Sebelum nie dia ada tempah bantal tema "family".


Alhamdulillah.... terima kasih buat noeril kerana berpuas hati dengan hasil tangan NC.


Kali nie cust. Tempah bantal hiasan comel ini buat sahabatnya, yang bertemakan "couple pillow".

- Couple pillow
- Material - Flannel, fiber, felt & etc
- Size - 30x30cm






This Blog is Belong by NazlyizanCreation [ Don't u DaRe want to CopyCat ] Alright reserved by Nazlyizan Creation