Assalamualaikum
Didalam dunia kraf ini, kita perlulah sentiasa mencuba sebanyak mana seni kreatif yang ada. Ini kerana ia adalah anugerah dari ilahi yang tidak ternilai harganya.
Semalam saya mencuba buat kanzashi Flower / bunga Kanzashi dari reben polkadot. Alhamdulillah.... menjadi. Hehehh
Dalam kepala nie ada beberapa idea untuk dibuat menggunakan kanzashi flower ini. Tetapi belum berkesempatan merealisasikannya lagi disebabkan kesuntukan masa dengan tempahan Bantal Hiasan Comel. Ada lebih kurang 10 biji bantal yang masih menunggu giliran untuk disiapkan. Alhamdulillah... rezeki Allah.
Para pelanggan yang ingin mengetahui update terkini NC bolehlah LIKE page NazlyizanCreation dia FB. Terima kasih...